Wednesday, February 3, 2010


Terlalu lama rasanya tak menulis di ruang ni..memang kebelakangan ini terlalu sibuk dengan pelbagai kekangan, tapi seperti biasa,itu bukan justifikasi yang tepat la untuk diberikan..emm.. semangat untuk postkan entri kali ni timbul kerana tadi baru je melayari blog rasmi PMGanu (Perkampungan Menara Gading Terengganu) (http://pmganu.blogspot.com) yang baru shj berlangsung pada 28-30 Januari baru-baru ni..maafla terlalu lama masa diambil untuk membuat liputan..apa yang terlintas di fikiran sekarang cuma perasaan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, PMGanu julung-julung kalinya dapat diadakan di peringkat negeri Terengganu walaupun kewujudannya lebih kurang sedekad dan di negeri-negeri lain pun telah lama berlangsung..syabas dan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua komiti serta fasilitator yang terlibat dalam menjayakan program ini..

Mengimbau kembali sejarah bagaimana program ini dapat dilangsungkan ini , ketika saya bersama perwakilan Terengganu yang lain- nurul husni sahabat sejatiku, dan ubaidullah menghadiri mesyuarat selari PKPIM di KDH,Bangi..waktu itu..ketika berbincang dengan a.fahmi tentang perkara yang harus dilakukan untuk membantu Terengganu, memandangkan gerakan di Terengganu saya kira agak perlahan berbanding di negeri-negeri lain, dan antara cadangan yang dilontarkan a.fahmi waktu tu supaya mengadakan program Perkampungan Menara Gading..banyak juga persoalan yang timbul waktu tu,, kerana yang akan menggerakkan di Terengganu hanyalah mereka yang berada di Terengganu dan pilihan diberi sama ada ingin teruskan program tersebut ataupun tidak, memandangkan PMG adalah suatu program yang berskala besar dan menuntut perancangan yang teliti…. dan saya secara individunya merasakan beban yang berat kerana apabila cuti semester tamat, segala perancangan harus diteruskan tanpa sahabat lain kerana masing-masing harus pulang ke kampus, dan akhirnya..saya dan sahabat saya, husni cuma bertawakal padaNya dan menyahut cabaran yang diberikan a.fahmi….dan alhamdulilah..setelah hampir sebulan merancang dan menjalankan gerak kerja untuk permulaan, perlahan-lahan Allah menampakkan hasilNya..daripada seorang memulakan gerak kerja, akhirnya ramai yang datang membantu…Allah itu Maha Membantu hamba-hambaNya..saya benar-benar bersyukur…ternyata, apabila kita bersangka baik Padanya, memang apa yang didatangkan kepada kita adalah mengikut sangkaan kita..dan yang paling menyentuh hati, saya melihat kelancaran program berlangsung..Di sini, penghargaan yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua..pertamanya buat ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan dan dorongan serta bantuan kewangan di kala tuntutan kewangan diperlukan……… kepada unit makanan- kalian banyak bersusah payah menjaga kebajikan makanan untuk peserta dan semuanya, melihatkan kesukaran kalian mengendalikan makanan sewaktu program membuatkan saya terharu kerana sikap kalian sanggup berkorban makanan dengan mementingkan sahabat nyata terserlah.. Unit publisiti- kalian banyak membantu mempromosikan PMG ni dan membantu segala bahagian grafik berjalan dengan lancar serta menyediakan wadah rasmi untuk berbincang. Unit protokol- kalian banyak membantu memastikan segala protokol majlis perasmian berjalan dengan lancar terutamanya pada majlis perasmian yang dihadiri wakil MAIDAM dan klimaks perasmian penutup yang dihadiri YB UST KHAZAN.. susah payah kalian untuk memastikan peserta mengikut jadual walaupun kita semua maklum kesukaran jarak untuk ke setiap tempat sentiasa menanti, tetapi dengan adanya kalian, disiplin peserta sedikit sebanyak terjaga..unit pendaftaran- kalian banyak membantu melancarkan program terutamanya sewaktu pendaftaran dan penutup..unit tugas-tugaas khas- kalian banyak membantu segala tugas-tugas, terutamanya hampir kesemua daripada anda diangkat menjadi co-fasilitator di saat-saat akhir tetapi memang tugas utama kalian tetap tidak ditinggalkan..unit teknikal- kalian banyak membantu memberi petunjuk kepada kami semua terutamanya apabila ke tempat baru serta menguruskan pinjaman peralatan di saat-saat akhir..dan tidak dilupakan, kepada fasilitator-fasilitator daripada PEPIAS..kalian jugalah yang banyak menghidupkan program kali ni, semoga ikatan yang tertaut di sini terjalin selamanya..ukhuwwah fillah..Terutamanya di sini, buat adik-adik PMG batch-1..bertemu kalian di sini membuatkan kami gembira, kalianlah insan-insan terpilih oleh Allah untuk bersama-sama berkampung di UMT, semoga ukhuwwah kita sentiasa terjalin ..komitmen adik-adik untuk menjalankan program sendiri mengikut zon masing-masing sangat-sangat menyentuh hati kami semua, semoga program adik-adik berjalan dengan lancar, percayalah, setiap kerja yang dilakukan keranaNya adalah saham kita untuk akhirat, kami ,kakak-kakak dan abang-abang sentiasa membantu adik-adik.. Tidak cukup rasanya untuk merakamkan setiap penghargaan di sini..walaupun kebanyakan kita tidak begitu mengenali, tetapi kesanggupan kalian untuk menggerakkan PMGanu kali-1 begitu dihargai..jazakumullahu khairan jaza’..Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas jasa kalian………

MENGAPA HERALD TIDAK BOLEH GUNA KALIMAH "ALLAH"

Monday, January 18, 2010
1)SEJARAAH NAMA ALLAH

Walaupun kalimah Allah telah digunakan di Tanah Arab oleh masyarakat bukan Islam sebelum zaman Nabi Muhammad S.A.W., namun ia tidak merujuk kepada konsep ketuhanan yang dipegang oleh umat Islam pada masa kini.

Di Malaysia, kalimah Allah hanya digunakan oleh umat Islam dan tiada penganut-penganut agama lain yang pernah menggunakan kalimah tersebut secara berleluasa.

2) MAKNA ALLAH DALAM BAHASA MELAYU

Kalimah Allah dalam Bahasa Melayu merujuk kepada konsep Tuhan yang Maha Esa. Istilah ‘God’ yang digunakan dalam bahasa Inggeris bermaksud ‘Tuhan’, bukan ‘Allah’.

3) IMPLIKASI PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH KEPADA AGAMA LAIN SELAIN ISLAM

Sekiranya kalimah Allah dibenarkan penggunaannya dalam penerbitan agama lain di negara ini, dikhuatiri ia akan mencetuskan kekeliruan di kalangan umat Islam, terutama sekali di kalangan generasi muda.

4) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN JAMIN KEDUDUKAN ISLAM

Peruntukan undang-undang yang melarang penggunaan kalimah-kalimah suci Islam sewenag-wenangnya adalah selari dengan peruntukan yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan seperti Artikel 11 (4) yang berperanan untuk melindungi kedudukan agama Islam selaku agama utama persekutuan sepertimana yang ditetapkan di dalam Artikel 3 (1)

5) SIKAP BERAGAMA KITA DALAM MASYARAKAT MAJMUK

Dalam masyarakat yang hidup berbilang kaum serta menganuti pelbagai kepercayaan, sikap saling mempercayai adalah sangat penting. Di Malaysia, masyarakat bukan Islam perlu memahami serta menghormati kedudukan istimewa Islam dalam Perlembagaan Persekutuan untuk mengelakkan sebarang ketegangan daripada berlaku..



MENGAPA KAMI BANTAH PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH BUKAN ISLAM??

“Semua pihak dalam negara ini perlu menghormati institusi Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengeluarkan fatwa bagi melindungi kedaulatan dan kesucian agama Islam.”
Amidi Abd Manan

Timbalan Presiden ABIM
Bernama, 3 Januari 3 Jan 2010


“ Tidak terdapat tasawwur kefahaman mengenai Allah dalam agama Kristian, dan sebarang agama lain pun begitu juga.. Tidak disebut mengenai nama khas Tuhan dalam bible..”

Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas
(Mantan Ketua Penagarah IKIM)
Utusan Malaysia, 6 Jan 2010



“ Sepatutnya mereka (Herald Catholic) faham perkataan Allah itu tidak harus digunakan kerana perkataan itu adalah khusus kepada agama Islam sahaja dan ia merujuk kepada Tuhan yang Maha Esa. Dalam agama kristian sendiri,mereka tidak menggunakan perkataan Allah dalam kitab mereka, sebaliknya mereka menggunakan perkataan seperti Illah, God, Lord, dan segabainya bagi merujuk kepada Tuhan mereka”

Dato’ Setia Hj. Mohd Tamyes Abd Wahid
Mufti Selangor


“ We agree you want to use God, then use Tuhan as we also use that.. but we understand in the Malay language that Tuhan is not a translation of Allah……. that is why we say “ Tiada Tuhan melainkan Allah”..not “ Tiada Tuhan melainkan Tuhan”. We don’t say “ There is no God but God”.. at least the ulama’ among Muslim malays, we understand what is the meaning of that word (Allah) …so, “Allah” can’t be translated as no language has translated Allah”..

Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas
13 Disember 2009
Seminar Pengukuhan Pandangan Hidup Islam (PKPIM)


“ The fact that the word Allah even though it was used before Islam, it has been Islamize the meaning of it is no longer the same as before. By permitting non-muslim community to use it, we actually doing deIslamization…The non-muslim community must understand it is not a quarrel for the sake of a name, but it is about the protection of the Islamic Creed (Aqidah) and this has nothing to do with religion tolerance or intolerance. This is about respecting other religion.”
Dr Khalif Muammar (Felo Penyelidik ATMA, UKM)

ISLAM OR VICE VERSA??

Friday, November 27, 2009
Pendakwah muda??.........istilah yang sangat ‘berat’ bunyinya serta peranannya..tetapi signifikannya di sebalik terminologi tersebut adalah tanggungjawab serta amanah setiap khalifah yang mengakui diri mereka beriman..ini selari dengan penganjuran Konvensyen Pendakwah Muda Kebangsaan (WEHDAH 09) seluruh institut pengajian tinggi di Malaysia yang berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 22- 25 November 2009… and first of all, syabas saya ucapkan kepada semua komiti sekretariat pendakwah muda USIM yang telah mengadakan program sebegini buat julung-julung kalinya… secara tidak langsung, program sebegini mampu menjadi wadah kepada pertemuan semua pendakwah-pendakwah muda di seluruh Malaysia serta berjaya merangkum resolusi yang saya kira amat wajar diketengahkan kepada masyarakat..

Pada saya,.. sesetengah pendakwah muda yang sering bergiat aktif dalam usaha memperjuangkan agama Islam wajar mendapat pendedahan sebegini..di samping dapat bertukar-tukar fikiran dengan rakan seperjuangan dari IPT lain, setiap slot yang di wujudkan nyata memberi bantuan dalam mendapatkan panduan serta mengubah ‘worldview’ kepada setiap pendakwah muda akan tugas yang seharusnya mereka laksanakan..

Perlaksanaan dakwah dalam kalangan muda bukan retorik bagi saya, tetapi golongan ini seharusnya mempersiapkan diri mereka dengan ilmu, manhaj dakwah yang sesuai serta istiqamah agar idealisme mereka tetap kekal dibawa seiring dengan perubahan persekitaran mereka..maksud saya, kadang-kadang sesetengah mereka hanya teguh memperjuangkan idealisme mereka sewaktu bergelar mahasiswa, tetapi apabila melangkah ke alam pekerjaan dan rumahtangga, nyata mereka (mungkin saya) gagal menanganinya dengan baik dan gugur dalam perjuangan..Melihatkan arus globalisasi sekarang, umat islam khususnya banyak berdepan dengan pelbagai mehnah yang telah siap dirangka oleh musuh-musuh Islam untuk menyesatkan umatNya yang mana mungkin mereka ( mungkin saya) tidak menyedarinya..Teringat saya satu slot khas yang dibawa oleh brother Shah Kirit Kilal Govindji tentang cabaran missionary kristianisasi di Malaysia..

Dalam ucapan beliau yang sangat menarik,banyak yang saya pelajari daripada pengalaman beliau, antara yang prior, perlunya umat Islam hari ini diberi kekuatan dari sudut fundamentalnya, kerana jika teguh iman seseorang, insyaallah mereka akan mampu mendepani setiap ujian dengan baik.. Antara intipati yang beliau peringatkan kepada kami adalah, pentingnya mempelajari serta menghayati agama Islam dengan baik agar keimanan yang didasari bukan sekadar taklid buta semata-mata tetapi berdasarkan kefahaman yang mantap, menggunakan dalil aqli untuk berdakwah dengan golongan non-muslim dan jika berpeluang, kita seharusnya mampu menguasai sedikit sebanyak ilmu perbandingan agama agar kita dapat berhujah dengan baik , mendekati golongan Islam yang jahil secara berhikmah serta menunjukkan teladan yang baik kepada semua masyarakat ..

Menerusi karya Ust Haji Nik Azran Muhamed dan Haji Mohd Mahadi Haji Isa yang bertajuk “ Gerakan Orientalisme dan Kristianisasi : ancaman kepada Ummah”, memberi pendedahan kepada umat Islam agar lebih berhati-hati tehadap golongan ini. Antara yang dapat saya ungkapkan daripada buku ini ialah, cara pergerakan kristianisasi dapat dilihat menerusi beberapa kategori, antaranya:

1) PENDIDIKAN – Mereka menggalakkan sesebuah negara terutamanya negara Islam untuk membuka tadika, sekolah, kolej dan universiti yang dikelolakan oleh Missionari secara langsung atau tidak. Kerjasama mencakupi penghantaran tenaga pengajar dan sukatan pelajaran (kurikulum ala barat) yang dicedok daripada Barat.

Samuel Zweimer berkata: “ Kami telah merancang kurikulum pendidikan di negara-negara Islam sejak 50 tahun yang lalu dan kami Berjaya menghapuskan pengajian al-quran dan tarikh islam daripada kurikulum tersebut”.

Dr. Mustafa Al Khalidi, di dalam kitabnya At-Tabsyir wa Al-Isti’mar menyatakan bahawa Universiti Amerika di Beirut, Mesir dan Universiti Ghardon di Khortum merupakan institusi pendidikan yang ditaja oleh mubaligh kristian.

Selain itu, mereka menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pendidikan dan menjadikan pendidikan agama pribumi sebagai subjek sekunder. Penghantaran pelajar ke luar negara amat menjadi tumpuan missionary di dalam menerapkan fahaman secular dan kristian ke dalam sistem pendidikan antarabangsa.

2) PERKHIDMATAN PERUBATAN- apabila berlaku kecemasan di mana-mana negara di dunia, mereka akan menghantar pasukan bantuan kecemasan mereka seperti Red Cross, World Vision, Salvation Army dan Christian Aid.

Mereka juga mengadakan kerjasama di dalam bidang perubatan dengan menubuhkan hospital ala barat dan menghantar pakar-pakar mereka untuk membantu. Mereka memberi tumpuan di negara-negara miskin terutamanya di Benua Afrika.

Pembantu-pembantu perubatan yang dihantar akan memasuki kawasan-kawasan pedalaman untuk menghulurkan bantuan dari segi material dan sokongan moral. Peluang sebeginilah yang digunakan oleh mereka dengan sebaik mungkin untuk memperkenalkan agama kristian kepada masyarakat tempatan.

3) AMAL KEBAJIKAN- Markas-markas kristian yang ditubuhkan di Palestin berusaha mematikan roh Islamiah dari jiwa umat Islam menerusi program-program yang diaturkan di kelab-kelab dan padang-padang permainan mereka. Kesannya, tertanam semangat toleransi (mudah menerima kemsukan yahudi ke negara mereka) dengan bangsa Israel. Berkata seorang ahli pemikir Islam: “ Pesta-pesta sukan amat banyak membantu para missionary dan juga Yahudi di Palestin sehingga mendorong sekolah-sekolah Kristianisasi mengutamakan semangat kesukanan serta semangat toleransi di dalam lapangan tersebut. Toleransi yang dikehendaki adalah bertujuan untuk membunuh perasaan perkauman (terhadap kaum yahudi serta mudah menerima mereka).”

Antara bentuk amal kebajikan yang dimainkan oleh Misionari ialah menggalakan manusia hidup dalam keadaan sejahtera( bersukan dan pesta amal), prihatin terhadap masalah masyarakat( khidmat kaunseling, rumah anak yatim, pusat pemulihan dadah dan perlindungan wanita dll), prihatin tehadap isu semasa( demonstrasi), prihatin terhadap alam sekitar( greenpeace), menghulurkan bantuan kewangan ( Irene Ferdinandez yang membela pendatang haram dan pekerja asing di Malaysia).

4) PERTUBUHAN KRISTIAN- Mereka telah menubuhkan pelbagai jenis pertubuhan Kristian di serata dunia di negara-negara Islam dan negara-negara miskin. Menurut resolusi muktamar mereka di Kaherah pada tahun 1906, mereka menumpukan perhatian serius kepada wanita agar mereka menyertai pertubuhan ini. Resolusinya berbunyi:

“ Tiada jalan lain melainkan berusaha menarik wanita muslim kepada kristian. Kita meminta kepada semua pertubuhan Kristian untuk menggerakkan semua cawangan pertubuhan wanita Kristian bagi mendapatkan seberapa banyak keanggotaan daripada wanita-wanita muslimah di seluruh dunia”.

5) MEDIA MASSA- Media Massa memainkan peranan penting di dalam penyebaran agama Kristian. Hari ini, terdapat stesen TV dan radio yang membuat siaran langsung berkenaan agama Kristian terutamanya stesen Monaco, Cyprus (radio Cyprus), Monte Carlo. Stesen-stesen radio ini menyiarkan program keagamaan Kristian selepas jam 11.00 malam, manakala stesen radio Vatican pula menyiarkan programmnya dalam bahasa Arab dua puluh empat jam sehari.

Antara rancangan yang diketengahkan ialah Allah Akhbar dan Nurun ala Nur. Manakala DJ yang mengelolakan program ini menggunakan nama Islam iaitu Syeikh Abdulla. Radio Soutul Ghufran, Markaz an Nahdah dan Qobrus juga didapati menjalankan program bermesejkan Kristianisasi.

6) PERCETAKAN- Terdapat juga syarikat percetakan yang mencetak bahan-bahan yang berkaitan agama Kristian terutamanya syarikat yang terdapat di Lubnan, Perancis, Sepanyol dan Seychelles. Mereka telah mengeluarkan bahan bacaan yang boleh menyentuh sensitivity umat Islam seperti buku karangan Zakaria Boutros yang berjudul Syahadat Al-Quran dan The Lord is One.

Di Mesir, Darul Hilal Misriyah (pengasasnya Zurjy Zedan, orientalis terkenal) dan surat khabar Al-Ahram di asaskan oleh mubaligh kristian yang berhijrah ke Mesir atas sokongan Perancis pada tahun 1873.

Oleh yang demikian, pentinglah bagi umat Islam memahami pelbagai rancangan Missionari Kristian untuk menyerang umat Islam dari pelbagai sudut. Seharusnya kita sebagai umat islam sentiasa mempersiapkan diri kita dengan segala ilmu serta pengalaman agar perjuangan Islam tetap dapat diteruskan sehingga akhirnya……

wallahu a’alam…….