Engkau Bidadariku...

Tuesday, November 9, 2010

Saat saya ditanya oleh seorang kenalan yang bekerja sebagai peguam tentang kondisi pembelajaran sekarang, saya terus menjawab,” Entahlah, belajar yang penting, kerja tak mungkin kot dalam bidang undang-undang”.. Usai menjawab, beliau berkata,” La..why you don’t want to upgrade yourself? Suppose you work, bidang undang-undang ini macam-macam boleh jadi, nak apply jadi district officer (D.O) pun boleh..tapi kalau tak nak kerja dengan kerajaan, boleh attach dengan mana company jadi legal advisor.. Tapi kalau tak nak kerja bahagian sivil, boleh apply jadi hakim mahkamah syariah, tambahan sekarang memang kurang hakim wanita.”..

Saya menghargai nasihat seorang kenalan, dan tidak dinafikan, dengan bekerjalah dapat mengukuhkan sumber kewangan. Suatu ketika, sebelum berada di peringkat umur sebegini,saya juga memikirkan keadaan yang sama, bagi wanita yang mempunyai kelulusan yang tinggi dan memilih untuk tidak mahu bekerja..pilihan trsebut adalah satu kerugian yang besar!..

Mengapa??. Pertamanya,.tentulah kerana saya mempunyai ibu yang bekerja sepenuh masa sebagai guru penolong kanan 1 dan saya akui, ibu banyak membantu ekonomi keluarga. Sebab kedua pula, saya terlibat dengan badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang mana kebanyakan aktivitinya melibatkan aktiviti pengisian minda dan kerja-kerja lapangan, dan sudah tentulah saya berpendapat, memilih untuk menjadi seorang suri rumahtangga sepenuh masa tidak sesuai dengan jiwa dan minda saya yang sukakan aktiviti yang menjana keintelektualan kerana apabila tidak bekerja, kebanyakan masa mestilah diisi dengan menguruskan aktiviti rumahtangga dan tidak lagi mempunyai ruang untuk bergiat aktif di luar.. dan sebab yang ketiga, saya mempunyai kelulusan akademik.., insyaallah ..;)

Pernah saya diceritakan oleh seorang pensyarah perihal isteri seorang ustaz di kampus di mana isteri ustaz tersebut memilih untuk menjadi suri rumahtangga sepenuh masa walaupun beliau seorang graduan timur tengah...Malahan, pensyarah saya sendiri mengakui beliau tidak mampu untuk menjadi sedemikian rupa memandangkan beliau seorang yang berjiwa besar,..kata beliau lagi, wanita yang memilih untuk menjadi suri rumah tatkala mempunyai kelulusan akademik yang tinggi sebenarnya telah mengangkat martabat wanita itu sendiri, tambahan pula, hidup ini sebenarnya bukan semata-mata untuk bekerja..Pada waktu itu, hati kecil saya sebenarnya menafikan keadaan itu kerana saya tidak nampak di mana status wanita telah diangkat jika tidak bekerja kerana jika mempunyai kelulusan dan bekerja, sudah tentulah banyak khidmat dapat disumbangkan. Saya membiarkan persoalan tersebut tergantung kerana pada waktu itu, hati kecil saya tetap tegas mengatakan, satu hari nanti, saya tetap akan bekerja..

Sehinggalah hari ini, prinsip tersebut seolah-olah hilang..Saya sendiri tidak pasti apakah lebih banyak kebaikan yang dibawa jika seorang wanita memilih untuk lebih banyak berada di rumah kerana saya belum melalui fasa tersebut. Tetapi, pada saya, secara rasionalnya, jika seorang suami mampu menjalankan amanahnya sebagai ketua keluarga sebagaimana yang disyariatkan oleh Islam, mungkin tidak perlu para isteri hari ini bekerja dan yang pentingnya, jika ia disarankan oleh agama, sudah tentulah ia mempunyai impak yang besar dalam rumahtanga.

Saya banyak menginsafi kejadian diri sebagai wanita. Fitrah wanita itu lemah. Dengan melihat keterbatasan itulah Islam ingin menjaga mereka. Antara jalan selamat ialah tentulah mereka apabila mereka banyak berada di rumah .
Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa daripada kamu, wahai ahlul bait dan bersihkan kamu sebersih-bersihnya. Dan ingatlah apa yang dibacakan di rumahmu ayat-ayat Allah dan hikmah (sunnah Nabimu). Sesungguhnya Allah adalah Maha Lembut lagi Maha Mengetahui..(Al-Ahzab:33-34)
Sesungguhnya anjuran ayat di atas mengandungi unsur penekanan supaya wanita menjadikan rumah sebagai dunia pertamanya, namun selebihnya mereka boleh sahaja keluar dari rumah jika ada keperluan mendesak atau demi menjalankan tugas-tugas dakwah, sesuai dengan kehadiran mereka sebagai wanita muslimat.

Pada saya, banyak maslahat lain yang turut dapat dijaga sekiranya seorang wanita menjadikan rumah sebagai ‘dunia pertamanya’, antaranya mereka dapat menjaga pergaulan,memelihara aurat dan dapat menjaga pandangan para lelaki di luar sana.Kerjaya suri rumahtangga seharusnya menjadi jawatan tertinggi bagi mereka yang bergelar isteri.

Tambahan pula, fitrah seorang wanita yang bergelar ibu itu seharunya menjadi ‘baby sitter’ untuk anak-anak mereka sendiri. Allah menjadikan keistimewaan wanita itu supaya mereka dapat mendidik dan membesarkan anak-anak mereka sendiri. Saya berpendapat, sekiranya setiap ibu mampu mendidik anak mereka sendiri, tentu tidak akan timbul pelbagai isu kebejatan sosial hari ini…Dalam erti kata lain, didikan ibu merupakan madrasah pertama dalam melahirkan generasi Rabbaniy..

Abdullah bin Umar ibnul Ash menuturkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya,” Dan bahawa sesungguhnya anakmu mempunyai hak ke atasmu.’

Oleh itu para wanita di luar sana, janganlah takut untuk akan pelbagai kemungkinan yang berlaku sekiranya kita memilih untuk bekerja di rumah kerana sesungguhnya kedudukan para wanita itu seharusnya lebih dekat di rumah sebagai ‘dunia pertamanya’... Jadilah antunna semua sebagai ‘bidadari’ di rumah kalian bersama suami kalian..

Wallahu a’lam..

2 comments:

  1. nor asiah said...:

    emm...betul gak tu...tp depend pd kehendak @ situasi la...kalu suami dpt mmberi segala keperluan, y not kte duk kt umah je...tp kalu perlu, kte bleh bkerja dgn syarat pndi mmelihara diri n famili...it is juz my opinion...
    ::...nor...

  1. yup nor..tht's just individual stand..evry1 got their own interest and influence...

Post a Comment