Demi Masa..

Thursday, October 8, 2009
Terlalu lama saya meninggalkan ruangan ini..tidak dinafikan bergelar pelajar pra-siswazah benar-benar menguji saya untuk menguruskan waktu dengan sewajarnya.Tambahan pengajian yang saya ikuti sekarang benar-benar menuntut saya supaya lebih bersedia dalam segalanya, seorang teman pernah merajuk kerana saya tidak berkesempatan untuk meluangkan waktu untuknya..emm..memang waktu benar-benar menghambat bagi saya untuk merencanakan segalanya dengan terperinci..usia saya pun telah pun menginjak angka 21, teringat pengalaman waktu di sekolah dahulu, pernah saya mengimpikan untuk berada di usia sebegini kerana memimpikan pada waktu ini, orang sekeliling lebih mengiktiraf kehadiran kita kerana pada waktu itu, saya tidak lebih hanyalah pelajar sekolah ..kini impian itu bukan lagi utopia..teringat saya kebanyakan filem barat terdapat quotation tentang umur 21.. “age of freedom”..katanya..tapi bagi saya, mungkin tafsirannya lebih berbeza, pada umur sebeginilah permulaan kepada taklifan seterusnya, taklifan untuk mengenali diri sebenarnya, untuk mengenali zatNya dan memahami hakikat penciptaan kita..tapi saya juga manusia biasa, tidak lepas daripada diuji, dan mungkin gagal..tapi itu bukanlah ukuran untuk terus berputus asa daripada terus mengharapkan rahmatNya..selagi pintu taubat masih terbuka, masih perlu saya membaiki diri untuk memastikan diri sentiasa berada di jalanNya, semoga saya sentiasa dikelilingi oleh teman-teman yang selalu mengingatkan…amin…mungkin sebab itulah jugalah penting bagi setiap muslim mendoakan agar hati-hati mereka yang sentiasa berbolak-balik itu sentiasa tetap pada jalanNya kerana tahu hati-hati makhluk yang bergelar manusia ini sentiasa berubah-ubah..

“Demi Masa”.. memang terlalu biasa, tambahan apabila memikirkan umat Islam yang sentiasa diperdengarkan serta diperingatkan tentang masa, bahkan setiap kali ingin mengakhiri majlis mahupun kelas, pasti surah al-Asr juga dibaca..sumpahan Allah terhadap waktu jelas menunjukkan bahawa manusia itu sentiasa lupa dan lalai akan kehadirannya..bagi saya, pada saat saya masih bermain-main mengingatkan diri tentang masa, terlalu banyak taklifan yang masih saya tinggalkan dan tidak sempat melunaskannya dengan baik, terutamanya terhadap jemaah.. Untuk bercakap mengenai kepentingan masa di sini bukanlah tepat, malahan saya juga bukanlah individu yang layak untuk bercakap mengenainya..Teringat buku nukilan Abu Hassan Morad bertajuk “DEMI MASA”..intipatinya benar-benar menyedarkan saya betapa umat hari ini terlalu leka dengan apa yang mereka kerjakan, hinggakan tidak menyedari akan pemergian masa merupakan satu kerugian yang besar, terutamanya apabila penulis menyentuh mengenai sentimen bangsa Melayu, berada dalam zon selesa merisikokan diri sendiri pada masa akan datang, bukan hanya kerugian di dunia, tetapi yang paling besar, di hari pengadilan kelak..buat diri sendiri, peringatan ini bukanlah hanya pada saat ini, tetapi juga untuk hari-hari mendatang, terutamanya peperiksaan akhir semester ini yang bakal berlangsung tidak kurang dari 4 minggu dan yang paling besar, tentulah 'peperiksaan di akhirat' yang berkemungkinan bila-bila boleh berlaku..


wallahu a'lam...........