fesyen pada zaman awal Islam..

Saturday, February 21, 2009

Fesyen pakaian pada zaman awal Islam amatlah mudah buatannya. Kebanyakan mereka tidak menunjuk-nunjuk dalam etika pemakaian. Ini dikukuhkan dengan riwayat Ibnu Umar, Rasulullah s.a.w bersabda , " Allah tidak akan memandang kepada mereka yang berpakaian dalam sehingga terseret di tanah, kerana kesombongannya."
Antara material yang digunakan untuk membuat pakaian pada zaman ini ialah bulu binatang, kain linen- iaitu jalinan rami yang membentuk kain dan kain kapas. Secara umumnya, pemakaian orang Arab adalah terdiri daripada jubah, tunik, mantel atau pakaian yang biasanya dipakai oleh imam-imam dan kasut atau capal. Terdapat lebih daripada 20 000 atau mungkin lebih daripada 100 000 sama ada koleksi simpanan peribadi atau simpanan awam yang telah diklasifikasikan sebagai coptic. Kebanyakan daripada coptic ini akan dihiasi dengan sejenis pingat yang diletakkan di pinggang. Pingat ini berfungsi sebagai tali pinggang.

Telah dinyatakan di dalam hadith bahas Nabi Muhammad S.A.W telah memakai sejenis pakaian yang diperbuat daripada benang bulu biri-biri. Selain itu, turut dinyatakan pakaian yang paling baginda sukai ialah habrah (iaitu kemeja panjang yang warnanya putih) . Diriwayatkan juga oleh Musli, Abu Daud, Nasai' dan Ibnu Majah dari Asma binti Abu Bkar, katanya Rasulullah S.A.W mempunyai jubah yang kembang berwarna hijau. Selepas Rasulullah memakainya, jubah itu kami cuci dan kami gunakan untuk menyembuhkan orang-orang yang sakit.

Fesyen wanita pada zaman itu pula berupa seluar panjang dan baju berbelah di leher. Ketika musim sejuk, pakaian-pakaian ini ditambah lagi dengan sejenis pakaian dalam atau baju dalam yang agak sempit. Sebelum meninggalkan rumah, para wanita ini akan memakai pakaian yang menutup aurat sebelum mengenakan tudung.

Secara umumnya, pemakaian barangan kemas adalah suatu warisan sejak berzaman. Setelah kedatangan Islam, lelaki adalah dilarang dan haram daripada memakai barang kemas daripada emas dan perak.Ini tidak bermakna lelaki tidak dibenarkan langsung memakai barangan perhiasan. Bahkan, Nabi Muhammad sendiri memakai cincin yang diperbuat daripada gangsa dan tembaga.

Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah S.A.W memakai sebuah cincin dari emas atau perak, dan dijadikan muka cincin itu di sebelah telapak tangan beliau, di mana tertulis " Muhammad Rasulullah". Orang banyak pula memakai cincin seperti itu. Setelah beliau melihat orang ramai memakai cincin seperti itu, belaiu lalu membuang cincin itu, dan berkata: " Saya tidak akan memakainya lagi untuk selama-lamanya." Kemudian, beliau memakai cincin perak.





hunting for the truth..

Friday, February 20, 2009

Indeed..

My thanked to Allah S.W.T for His mercy upon my existence in this world..
born as malays of course- as my add up value towards gaining the Islam environment, due to 'nature gifted',- malays simply known as ISLAM too.. yet it isn't occupy to be a true caliph..
Hoping that the hidayah always lead us to the journey of truth..