'Aku terima Nikahnya..'

Sunday, May 10, 2009

Agak janggal bagi ana untuk membahaskan topik ini kerana ana bukanlah individu yang tepat untuk dirujuk dalam soal-soal begini, tetapi ana memang tertarik dengan pengisian buku yang ditulis oleh Ust Hasrizal Abdul Jamil –( penulis blog Saifulislam.com) bertajuk ‘Aku Terima Nikahnya’. Memang buku ini berkisar mengenai pengalaman beliau sendiri sepanjang hidupnya bergelar pelajar dan pendakwah. Namun yang menarik perhatian, pengalaman beliau menilai bagaimana proses membentuk rumahtangga seharusnya berlaku. Antara yang dapat ana quote ialah pada bab muslim rumah tangga 1, di mana terdapat pembahagian penjelasannya tentang tajuk ini.Sebagai pengenalannya, mungkin ana selitkan serba sedikit tentang topik berkaitan isu ini. Untuk bingkisan selanjutnya, mungkin anda perlu mendapatkan buku ini..

Tujuan Berumahtangga.

Berkahwin kerana harta?? Harta bukan sumber bahagia
Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia
Berkahwin kerana kecantikan? kecantikan boleh dicabar dengan JEMU..
“Maka pilihlah yang memiliki agama.. nescaya sejahtera hidupmu,” pesan Nabi S.A.W
Tetapi, adakah perlu kita memilih ustaz? atau ustazah bagi merealisasikan tujuan itu??

-Pentingnya kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama, dan MAMPU dalam beragama
- TAHU agama bukan ukuran seseorang itu akan benar-benar melaksanakan tuntutan agama
- Yang memiliki agama itu lebih luas daripada sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal MAHU yang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan MAMPU dalam erti kata dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.
- Janganlah disempitkan maksud mencari agama itu hanya pada mereka yang berlabelkan ‘jenama TAHU agama’ kerana tidak semuanya memiliki fikrah beragama, tetapi apa yang lebih penting ialah mereka yang MAHU dan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU..

Apa yang saya belajar..

‘Lelaki itu Sembilan logik dan satu emosi, perempuan pula Sembilan emosi dan satu logik.’

-Fikiran, keputusan dan tindakan seorang lelaki banyak dipengaruhi oleh logik dan rasional akal. Lelaki lebih selamat untuk dipertanggungjawabkan pada urusan-urusan yang perlu diputuskan dengan rasional bukan dengan emosi.
Maka, lelaki yang lemah rasional dan sering beremosi dalam kehidupan, ialah lelaki yang kurang kelelakiannya.
- Lelaki lemah emosi. Itu menjadikannya sukar untuk melakukan perkara rutin dalam sebuah rumah. Wanita dapat melakukannya dengan rasa sejuk dan biasa, tetapi lelaki terpaksa bermujahadah untuk membiasakan diri dengannya. Kekuatan emosi pada wanita turut menjadikan mereka guru terbaik pada membentuk anak-anak, khususnya di peringkat pra sekolah..


1) Era Praperkahwinan

i. Cinta vs CINTA
- Apakah perasaan mahu berpasangan itu terbit daripada cinta atau cinta sebenar?
– Cinta kecil itu adalah kekeliruan perasaan yang terbit dari keinginan untuk diberi perhatian, mahu dikasihi dan mengasihi, emosi yang kosong dari asas, matlamat dan kesedaran terhadap implikasi cinta jenis ini.
-Cinta sebenar pula harus terbit daripada emosi dan naluri fitrah manusia, bersandarkan rasional terhadap cinta itu, tanggungjawab yang mengiringi cinta itu serta kesan yang bakal lahir akibat cinta itu.

ii. Memilih masa yang sesuai
-Jangan mengambil langkah untuk berpasangan, jika sudah pasti dalam setahun dua jangka masa terdekat, tiada kemungkinan untuk berkahwin.
– Kesan perhubungan jangka panjang ialah lazimnya dihinggapi rasa jemu yang mencabar komitmen kepada perhubungan.
– Jika berlaku di dalam sebuah perkahwinan, suami dan isteri akan belajar mengemudi perkahwinan mereka kerana ini merupakan adat dan kesan biasa daripada perkahwinan.
– Jika berlaku di dalam percintaan, maka tidak mustahil untuk pasangan anda memberikan signal untuk menamatkan perhubungan.

iii. Kesan perhubungan
- Jika mahu ber’cople’, keluar tengok wayang bersama, merosakkan anak dara dan teruna orang lain, fikirkanlah
- Allah akan menghukum mereka yang tidak endah kepada dosa di era praperkahwinan, dengan hukuman perasaan. Perasaan syak wasangka dan sulit membina rasa percaya selepas berumah tangga.
- Oleh itu, belajarlah bersusah payah mengekang nafsu, kerana ia bekal bahagia..

iv. Jangan berkahwin sekadar untuk mendapatkan sijil halal
- Tidak wajar untuk seseorang membuat keputusan berkahwin untuk
- mengelakkan zina
- Perlunya kesedaran bahawa tujuan perkahwinan bukan untuk menghalalkan yang haram sahaja, sebaliknya tertumpu pada cabaran tanggungjawab yang lebih besar.

v. Jangan berkahwin tanpa persetujuan dan pengetahuan ibu bapa
- Restu ibu bapa lebih besar dan agung dari segala motivasi dan rawatan
kaunseling
- Jika tiada kekuatan, bermujahadahlah melawan keinginan itu dengan
- berpuasa, menyibukkan diri dengan aktiviti2 berorganisasi, dakwah, kemasyarakatan dan kemanusiaan.
- Jika hanya perkahwinan jalan penyelesaiannya, berbincanglah dengan baik dengan membuktikan anda sudah cukup dewasa untuk berumahtangga sama ada dengan ibu bapa atau menggunakan khidmat orang tengah.