Dadah??..permulaan kepada segalanya......

Monday, October 12, 2009
Semalam, selamat berlangsungnya SEMINAR ANTIDADAH IPT PANTAI TIMUR yang bertempat di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UDM kampus KUSZA.. Tahniah saya ucapkan kepada komiti yang terlibat menjayakan program tersebut..Memang pada mulanya, kehadiran saya semata-mata kerana notis yang di tampal pada board Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa yang mewajibkan semua freshies supaya menghadirkan diri ke seminar tersebut.. Kecenderungan saya sebenarnya bukanlah pada hal-hal sebegini, terutamanya DADAH, yang memang agak menakutkan saya walaupun hanya melihatkan tajuknya, tambahan pula bebanan kerja yang sentiasa menanti..Mungkin memikirkan diri dan keluarga yang tidak terlibat dengan dadah, sebab itulah saya tidak begitu tertarik untuk menghadirinya.(sempitnya pemikiran saya..kn??)…Tetapi, setelah mengikuti slot pertama, ‘worldview’ saya mula berubah, terutamanya apabila melihat sedutan video tentang sekumpulan kanak-kanak yang menghidu gam..hati begitu terguris apabila melihat seorang kanak-kanak yang berusia 10 tahun turut terlibat, terutamanya memikirkan dia seorang melayu, dan yang penting, beragama ISLAM..kanak-kanak tersebut telah ditemubual oleh pengacara program tersebut, memang apabila disoal oleh pengacara tersebut, lain dijawabnya…kelihatan kelakar pada fizikalnya, tetapi itulah kesan di bawah pengaruh gam..terfikir juga apakah nasib kanak-kanak tersebut pada usia remajanya kelak, pada usia yang begitu muda sudah terjebak dengan kegiatan tidak sihat sebegitu,apakah dia turut ‘tercalon’ sebagai penagih dadah kelak?..(nauzubillahi min zalik)..emm..teringatkan satu-satunya adik bongsu saya yang berusia 9 tahun...mudah-mudahan Allah sentiasa memeliharanya dan seluruh ahli keluarga saya serta sahabat-sahabat saya daripada perkara-perkara sebegitu..Sebelum ini, saya sebenarnya lebih memikirkan dadah itu tidak akan mendekati diri kita sekiranya kita tidak menghampiri golongan penagih dadah..tetapi..one new thing that I learnt,..walau sebaik mana kita percaya pada ‘kenyataan’ tersebut, sekali kita diperdaya, memang sukar untuk kembali, oleh itu, nasihat saya terutamanya kepada wanita-wanita di luar sana, jangan mudah percaya pada lelaki.. sesetengah lelaki yang ibaratnya ‘syaitan bertopengkan manusia ’ akan sentiasa cuba untuk mempengaruhi anda menerusi makanan atau minuman yang telah di’cemari’ dengan dadah..oleh itu,jangan mudah menerima makanan atau minuman daripada lelaki,walaupun air kotak yang belum dibuka sekalipun..


Bercakap mengenai kelemahan wanita, memang tiada sudahnya..sentiasa menjadi mangsa pada lelaki yang tidak bertanggungjawab..tetapi memang tidak dinafikan mengikut Islam, fitrah kejadian wanita itu sendiri kurang dari segi akalnya, dan kerana itulah mereka (termasuk diri sendiri) tidak terlepas daripada membuat keputusan tanpa berfikir panjang.. dan kerana itulah juga, wanita itu memerlukan bimbingan dari seorang lelaki yang soleh, dan bukannya kesempatan untuk memuaskan kehendak mereka..Ini selari dengan ajaran Islam yang turut menggariskan panduan untuk berkeluarga dan memilih calon pasangan yang sekufu..

Malahan,karya terkenal dikalangan mana-mana ahli usrah, iaitu “Apa Ertinya Saya Menganut Islam” karangan almarhum ustaz Fathi Yakan, turut memperuntukkan satu bab mengenai keperluan kita untuk bersifat sebagai muslim terhadap ahli keluarga dan turut dinyatakan keperluan tanggungjawab sebelum berumahtangga. Antaranya:

1. Saya mestilah memastikan perkahwinan saya adalah kerana Allah atau dengan kata lain, membina rumahtangga muslim, untuk melahirkan keturunan soleh, menjadi keluarga yang mampu menunaikan amanah serta memastikan pelaksanaan hidayah Allah itu secara berterusan. Firman Allah dalam surah Ali-Imran :34 yang bermaksud:

“ Satu keturunan yang sebahagiannya (turunan) dari yang lain”

2. Saya mestilah menjadikan tujuan perkahwinan saya adalah untuk menjaga pandangan saya, memelihara kemaluan saya serta bertaqwa kepada Allah.Riwayat daripada Al-Tabrani Fil Ausath ada menyebut:

“ Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya maka bertaqwalah ia pada yang separuh lagi”

3. Saya mestilah memilih bakal isteri (atau suami) yang baik dengannyalah saya berkongsi hidup dan menjadi teman dalam perjuangan, Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. :

“ Pilihlah untuk keturunanmu( wanita yang baik) kerana sesungguhnya keturunan itu menjadi pertikaian. Dalam satu riwayat lain dikatakan: Keturunan itu menjadi desas desus.” Dalam satu riwayat lain disebut: “ Hendaklah engkau berkahwin dengan orang yang sekufu dan kahwinkanlah (anak-anakmu) dengan yang sekufu.”

4. Saya mestilah memilih wanita (atau lelaki) yang baik akhlaknya dan pegangan agamanya sekalipun ia mungkin tidak mempunyai harta kekayaan dan kecantikan kerana sabda Rasulullah s.a.w :

“ Janganlah kamu mengahwini wanita keran kecantikannya kerana boleh jadi kecantikan itu akan membinasakannya, janganlah kamu mengahwini mereka kerana kekayaannya, kerana mungkin kekayaan itu merosakkannya tetapi kahwinilah mereka atas dasar pegangan agamanya. Hamba perempuan yang rabik dan bodoh tetapi baik agamanya adalah lebih utama”

5. Saya mestilah berhati-hati supaya tidak menyalahi perintah Allah dalam urusan ini, kerana takut kemurkaan dan siksaan Allah kerana mengingati amaran Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

“ Sesiapa yang mengahwini wanita kerana memandang kepada kemuliaan( kedudukan) sahaja, Allah tidak akan menambah apa-apa kepadanya melainkan dengan kehinaan, sesiapa yang berkahwin kerana hartanya, Allah tidak akan menambah kecuali kefakirannya, sesiapa yang berkahwin kerana keturunannya, Allah tidak akan menambahkannya kecuali kerendahannya tetapi siapa yang mengahwini wanita kerana menjaga pandangan dan memelihara kemaluannya (dari perkara haram) atau kerana menghubungkan silaturrahim, Allah akan memberkatinya dan isterinya”

wallahu a’alam…..