Buatmu calon IMAMKU........

Saturday, October 24, 2009
Tolong sampaikan pada si dia…

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cinta-Nya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia
menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia
mengingati Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia
mendoakan ibu bapanya...

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ
ada syurga…
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di
telapak itu syurganya…

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta...
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya...

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia…
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya…
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya…

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga...
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya…

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita
belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati
kerana menjaga batasan cinta…
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab
bertambah rindunya...

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya...
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya...
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya...

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dirinya…
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya
dalam impian dan cita-citanya…
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku…

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga...
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya...
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga
hubungan dengan Yang Maha Kuasa…
Tolong sampaikan pada si dia kerana aku tidak mampu
memberitahunya sendiri...
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia…
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui
siapa dan di mana si dia…
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha
Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu
mawar berduri yang terjaga oleh tuannya...
Simpanlah pesananku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti....

* From a kind-hearted friend, taken from my mail...........

"Pilihanku.."

Friday, October 23, 2009

emm..Baru tadi saya menerima mesej daripada adik program yang pernah saya kendalikan dahulu…baru berusia 13 tahun.. tetapi kerap persoalan yang dia tujukan kepada saya cenderung kepada persoalan cinta, sama ada saya sudah berpunya atau belum, dan jika belum, dia ingin menggandingkan saya dengan kaum kerabatnya..”terlalu terbuka kanak-kanak sekarang,” hati merintih…. Bagi mengelakkakan diri daripada menjawab soalan tersebut, saya melontarkan kembali persoalan tersebut kepadanya..dan jawapan yang diterima memang sudah dijangka, pada usia 13 tahun dia telah mula bercinta.. tetapi saya tidak menyalahkan remaja tersebut, kerana melihatkan zaman sekarang, memang keterbatasan kurang dititkberatkan kerana terlalu banyak faktor sekeliling yang menyumbang ...

Mengenangkan kembali zaman saya berusia 13 tahun, masih mentah. dan tidak terfikir langsung perihal sebegini,.Personally bagi saya, zaman persekolahan merupakan zaman yang tidak patut dipalit dengan kenangan sebegitu,..tetapi mungkin faktor
saya bersekolah agama yang mengasingkan antara pelajar lelaki dan perempuan, tambahan pula, guru-guru kerap kali mengingatkan kami agar menjauhi daripada terjebak dengan ‘ikatan’ sebegini,..

Berbalik pada persoalan cinta, memang lumrah terutamanya remaja terjebak dengan hubungan sebegini (termasuk diri sendiri)..Hasrat hati saya sebenarnya tidak ingin langsung mempunyai komitmen dengan mana-mana lelaki terutamanya ketika masih dalam pengajian, tetapi ujian Allah sentiasa mendepani..,di mana-mana sentiasa ada cabaran untuk saya.. ingin sekali saya menjaga perasaaan cinta hanya kepada ‘dia’ yang bergelar suami, tetapi..andai ditakdirkan saya memikul tanggungjawab sebagai ‘zaujah’, saya menerimanya dengan hati yang terbuka selagi pilihan cinta saya nanti, seorang yang menjaga agama..

Bingkisan daripada Fatimah Syarha iaitu, ‘Pilihan Cinta Setelah Allah dan Rasul’ benar-benar menyedarkan saya ..,sememangnya sepatutnya tiada cinta sebelum perkahwinan,.. saya akui, tidak mudah untuk memperteguhkan prinsip sebegini, ia menuntut kekuatan yang nyata serta perlu bermujahadah melawan setiap ujian yang datang.. Risikan memang mudah bertandang, ..dan saya akui, saya bukanlah manusia yang sempurna, malah pernah tersilap langkah..dan saya bukanlah orang yang terlalu cerewet untuk memilih kerana saya turut memikirkan diri sendiri pun bukanlah manusia yang sempurna..tetapi impian saya..semampunya, saya ingin menyahut janji Allah mengenai pemberianNya terhadap pasangan yang sama-sama menjaga..memilih bakal suami bukanlah semudah mencari teman untuk berseronok, kerana dialah yang bakal mengemudi rumahtangga dan mencorak keturunan yang akan datang, jika inginkan keturunan yang soleh dan solehah, bermula dari saat sebelum perkahwinan kerana setiap titik peribadi kita akan diwarisi oleh keturunan kita..MasyaAllah..terlalu sempurna Allah ingin menjaga keturunan hamba-hambaNya..

Kepada ‘dia’ yang sentiasa mendoakan diri saya, saya berterima kasih kerana menghargai diri ini.. sesungguhnya saya memahami apa yang seharusnya dicari dalam membentuk sebuah hubungan..sama-sama saling menjaga, dan berusaha memperbaiki diri agar tidak turun ‘quality level’ yang masing-masing kehendaki dan seterusnya, mengharapkan ihsanNya agar disatukan kelak dalam keadaan yang barakah dan rahmat..


Wallahu a’alam…….