Miss all the memories..

Monday, May 4, 2009
Tiga tahun menyelami pembelajaran memang terasa manis dan pahitnya, terutamanya pengalaman berkejar untuk menyiapkan tesis walaupun di saat-saat akhir.. bagi ana sendiri, saat penghabisan 30 Mei 2009, (final paper for this last year) merupakan saat yang dinanti-nanti, tapi entah apa tujuannya- bergembira kerana tamat diploma atau bersedih kerana tiada lagi saat-saat gembira bersama rakan-rakan seperjuangan dan berkongsi ilmu dengan ustaz-ustaz, jazakumullahu khairan katthira kepada semua pensyarah kerana mengajar ana menjadi insan berguna di dunia dan akhirat,tetapi perjuangan untuk membentuk masa depan bukanlah terhenti di sini, masih terlalu banyak kekurangan serta ilmu yang harus dituntut..semoga dikuatkan hati ini untuk menjadi insan yang mampu menyumbang untuk agama..

Teringat pesanan ustaz, “jangan biarkan kita menyesal kerana menghabiskan masa muda dengan sia-sia, selagi mampu, teruskanlah menuntut ilmu dan berbakti pada agama. Biarkan kita merasa bangga dengan apa yang telah kita habiskan sewaktu muda apabila tua kelak”.. Terlalu tinggi mafhum yang ustaz ungkapkan, tetapi bagi ana, sedikit renungan itu, membuatkan ana terfikir adakah diri ini mampu menjadi seperti sahabat-sahabat lain? menyibukkan diri dengan perjuangan dan ilmu, tetapi masih mampu merencana masa depan dengan baik..Terlalu banyak mehnah yang menunggu ana, terutamanya serangan emosi, terfikir adakah ini petanda bahawa ana memang tidak mampu menggalas amanah dengan baik atau ujian yang seharusnya ana hadapi dengan sabar dengan memikirkan hikmah yang menunggu..

Firman Allah:
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya dan ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dikerjakannya. (Mereka berdoa) : “ Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau tersalah. Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau bebankan kepada Kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami, apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkau penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”- (al-Baqarah : 284-286)

Semoga kekuatan sentiasa mengiringi langkah diri..


.: last feast 4 Syariah batch 06/09 at my house:.