'Aku terima Nikahnya..'

Sunday, May 10, 2009

Agak janggal bagi ana untuk membahaskan topik ini kerana ana bukanlah individu yang tepat untuk dirujuk dalam soal-soal begini, tetapi ana memang tertarik dengan pengisian buku yang ditulis oleh Ust Hasrizal Abdul Jamil –( penulis blog Saifulislam.com) bertajuk ‘Aku Terima Nikahnya’. Memang buku ini berkisar mengenai pengalaman beliau sendiri sepanjang hidupnya bergelar pelajar dan pendakwah. Namun yang menarik perhatian, pengalaman beliau menilai bagaimana proses membentuk rumahtangga seharusnya berlaku. Antara yang dapat ana quote ialah pada bab muslim rumah tangga 1, di mana terdapat pembahagian penjelasannya tentang tajuk ini.Sebagai pengenalannya, mungkin ana selitkan serba sedikit tentang topik berkaitan isu ini. Untuk bingkisan selanjutnya, mungkin anda perlu mendapatkan buku ini..

Tujuan Berumahtangga.

Berkahwin kerana harta?? Harta bukan sumber bahagia
Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia
Berkahwin kerana kecantikan? kecantikan boleh dicabar dengan JEMU..
“Maka pilihlah yang memiliki agama.. nescaya sejahtera hidupmu,” pesan Nabi S.A.W
Tetapi, adakah perlu kita memilih ustaz? atau ustazah bagi merealisasikan tujuan itu??

-Pentingnya kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama, dan MAMPU dalam beragama
- TAHU agama bukan ukuran seseorang itu akan benar-benar melaksanakan tuntutan agama
- Yang memiliki agama itu lebih luas daripada sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal MAHU yang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan MAMPU dalam erti kata dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.
- Janganlah disempitkan maksud mencari agama itu hanya pada mereka yang berlabelkan ‘jenama TAHU agama’ kerana tidak semuanya memiliki fikrah beragama, tetapi apa yang lebih penting ialah mereka yang MAHU dan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU..

Apa yang saya belajar..

‘Lelaki itu Sembilan logik dan satu emosi, perempuan pula Sembilan emosi dan satu logik.’

-Fikiran, keputusan dan tindakan seorang lelaki banyak dipengaruhi oleh logik dan rasional akal. Lelaki lebih selamat untuk dipertanggungjawabkan pada urusan-urusan yang perlu diputuskan dengan rasional bukan dengan emosi.
Maka, lelaki yang lemah rasional dan sering beremosi dalam kehidupan, ialah lelaki yang kurang kelelakiannya.
- Lelaki lemah emosi. Itu menjadikannya sukar untuk melakukan perkara rutin dalam sebuah rumah. Wanita dapat melakukannya dengan rasa sejuk dan biasa, tetapi lelaki terpaksa bermujahadah untuk membiasakan diri dengannya. Kekuatan emosi pada wanita turut menjadikan mereka guru terbaik pada membentuk anak-anak, khususnya di peringkat pra sekolah..


1) Era Praperkahwinan

i. Cinta vs CINTA
- Apakah perasaan mahu berpasangan itu terbit daripada cinta atau cinta sebenar?
– Cinta kecil itu adalah kekeliruan perasaan yang terbit dari keinginan untuk diberi perhatian, mahu dikasihi dan mengasihi, emosi yang kosong dari asas, matlamat dan kesedaran terhadap implikasi cinta jenis ini.
-Cinta sebenar pula harus terbit daripada emosi dan naluri fitrah manusia, bersandarkan rasional terhadap cinta itu, tanggungjawab yang mengiringi cinta itu serta kesan yang bakal lahir akibat cinta itu.

ii. Memilih masa yang sesuai
-Jangan mengambil langkah untuk berpasangan, jika sudah pasti dalam setahun dua jangka masa terdekat, tiada kemungkinan untuk berkahwin.
– Kesan perhubungan jangka panjang ialah lazimnya dihinggapi rasa jemu yang mencabar komitmen kepada perhubungan.
– Jika berlaku di dalam sebuah perkahwinan, suami dan isteri akan belajar mengemudi perkahwinan mereka kerana ini merupakan adat dan kesan biasa daripada perkahwinan.
– Jika berlaku di dalam percintaan, maka tidak mustahil untuk pasangan anda memberikan signal untuk menamatkan perhubungan.

iii. Kesan perhubungan
- Jika mahu ber’cople’, keluar tengok wayang bersama, merosakkan anak dara dan teruna orang lain, fikirkanlah
- Allah akan menghukum mereka yang tidak endah kepada dosa di era praperkahwinan, dengan hukuman perasaan. Perasaan syak wasangka dan sulit membina rasa percaya selepas berumah tangga.
- Oleh itu, belajarlah bersusah payah mengekang nafsu, kerana ia bekal bahagia..

iv. Jangan berkahwin sekadar untuk mendapatkan sijil halal
- Tidak wajar untuk seseorang membuat keputusan berkahwin untuk
- mengelakkan zina
- Perlunya kesedaran bahawa tujuan perkahwinan bukan untuk menghalalkan yang haram sahaja, sebaliknya tertumpu pada cabaran tanggungjawab yang lebih besar.

v. Jangan berkahwin tanpa persetujuan dan pengetahuan ibu bapa
- Restu ibu bapa lebih besar dan agung dari segala motivasi dan rawatan
kaunseling
- Jika tiada kekuatan, bermujahadahlah melawan keinginan itu dengan
- berpuasa, menyibukkan diri dengan aktiviti2 berorganisasi, dakwah, kemasyarakatan dan kemanusiaan.
- Jika hanya perkahwinan jalan penyelesaiannya, berbincanglah dengan baik dengan membuktikan anda sudah cukup dewasa untuk berumahtangga sama ada dengan ibu bapa atau menggunakan khidmat orang tengah.


Miss all the memories..

Monday, May 4, 2009
Tiga tahun menyelami pembelajaran memang terasa manis dan pahitnya, terutamanya pengalaman berkejar untuk menyiapkan tesis walaupun di saat-saat akhir.. bagi ana sendiri, saat penghabisan 30 Mei 2009, (final paper for this last year) merupakan saat yang dinanti-nanti, tapi entah apa tujuannya- bergembira kerana tamat diploma atau bersedih kerana tiada lagi saat-saat gembira bersama rakan-rakan seperjuangan dan berkongsi ilmu dengan ustaz-ustaz, jazakumullahu khairan katthira kepada semua pensyarah kerana mengajar ana menjadi insan berguna di dunia dan akhirat,tetapi perjuangan untuk membentuk masa depan bukanlah terhenti di sini, masih terlalu banyak kekurangan serta ilmu yang harus dituntut..semoga dikuatkan hati ini untuk menjadi insan yang mampu menyumbang untuk agama..

Teringat pesanan ustaz, “jangan biarkan kita menyesal kerana menghabiskan masa muda dengan sia-sia, selagi mampu, teruskanlah menuntut ilmu dan berbakti pada agama. Biarkan kita merasa bangga dengan apa yang telah kita habiskan sewaktu muda apabila tua kelak”.. Terlalu tinggi mafhum yang ustaz ungkapkan, tetapi bagi ana, sedikit renungan itu, membuatkan ana terfikir adakah diri ini mampu menjadi seperti sahabat-sahabat lain? menyibukkan diri dengan perjuangan dan ilmu, tetapi masih mampu merencana masa depan dengan baik..Terlalu banyak mehnah yang menunggu ana, terutamanya serangan emosi, terfikir adakah ini petanda bahawa ana memang tidak mampu menggalas amanah dengan baik atau ujian yang seharusnya ana hadapi dengan sabar dengan memikirkan hikmah yang menunggu..

Firman Allah:
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya dan ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dikerjakannya. (Mereka berdoa) : “ Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau tersalah. Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau bebankan kepada Kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami, apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkau penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”- (al-Baqarah : 284-286)

Semoga kekuatan sentiasa mengiringi langkah diri..


.: last feast 4 Syariah batch 06/09 at my house:.







Dari Seorang Lelaki..

Thursday, April 16, 2009
Taken from my mail..interesting tau story ni..buat renungan semua insan bernama adam..

Teringat pasal satu story...seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan giler..halaman rumah berselerak.. surat di peti pos tak berambil,anak- anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi,;;; masuk ke pintu rumah, lagi lelaki tu terkejut...ruang tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya... .sepi tiada jawapan masuk ke dapur..sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh,periuk tidak bercuci.

mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak masuk ke bilik air, baju masih belum berbasuh,apatah lagi berendam .lelaki itu cemas mencari isterinya..dia bergegas ke tingkat atas, melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.."awak sakit ke?"..tanya lelaki itu.. "tak lah", jawab isterinya ringkas "kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam... balas isterinya "wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang. ....NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI.......

"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek atau mengilai seperti pontianak . Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan...

Best baca sampai abis!!!. It's true. To share..Dari Ilham seorang lelaki..

As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik
porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu
pening.Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at times boleh membuat kepala berserabut. Kalau madam takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata,FreeeDoMmmmmla h!!


But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone",aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no once shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticise. Everything will be smooth... Tapi, masuk hari ketiga, I felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau 'assshheemmmm' , tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah abis,tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil...Masuk hari ke-4, rindu mula terasa. Eventhough kat office, ramai yang cun melecun,wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas,forever melekat kat hati and sukar ada pengganti. Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik tak best.

Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa cam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai.

Toilet dah mula licin berdaki...lantai dah berbelak, tak dimop...Everynite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun....belum seminggu isteri takde kat rumah, aku dah terasa separuh pengsan.

Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...begitulah isteri kita rasa bila kita tinggalkan dia sendiri malam2 agaknya ya..

So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita,sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!

And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi...penat tau!! Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita...tak rela!!!

So to all mums and wives out there... life will be meaningless without you .

Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena!Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna.Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!!

Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott peettttt,boleh pecah eardrums. And if mak menjerit, boleh bergegar isi perut. Silap gaya , tingkap pun boleh tercabut...
And if mak takde, BangZaiiiiii! !! MerdeKa!!!FreeDoMmm mmm! !! Can do whatever!!! Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan,boleh chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!!

But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa
kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah.Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI... Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense. Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga. Our life graph becomes very the monotenous,then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna. Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti.

Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!!
Sekian terima kasih.