PALESTIN DI HATI..

Monday, May 3, 2010
Salam..terlalu lama saya meninggalkan laman ini..laman yang memberi inspirasi kepada saya untuk mencoretkan kata-kata yang boleh dikongsikan...usai menjalani peperiksaan terakhir semalam, saya berasa begitu tenang, konotasi peperiksaan dan pelajar begitu sinonim..barangkali itulah yang wasilah untuk menguji tahap kefahaman sepanjang pembelajaran walaupun saya di antara mereka yang tidak begitu menggemarinya..:)...pelbagai reaksi yang saya terima, ada rakan yang mengucapkan tahniah, tak kurang ada yang mengekspresikan keseronokan kerana telah merdeka……

MERDEKA- Pelbagai tafsiran yang boleh diberikan..ada yang mengaitkan dengan terlepasnya bebanan tugas sebagai pelajar selepas peperiksaan berakhir , ada yang mengaitkan dengan terbebasnya minda daripada pengaruh barat, dan bagi rakyat Malaysia khususnya, semestinya istilah ini mengingatkan kita kepada tarikh 31 Ogos 1957 di mana tanah air tercinta bebas daripada cengakaman penjajah………..

Itulah pada saya signifikannya kemerdekaan..bebas daripada penjajahan..Apabila membicarakan soal kemerdekaan, satu isu yang pada saya sering mengisi media dan tiada penghujungnya, iaitu isu palestin.. dan ini adalah satu sebab yang memberi inspirasi kepada saya untuk menulis di blog ini setelah begitu lama meninggalkannya..

Pagi tadi saya berkesempatan menonton MHI di mana paparan yang dikemukakan berkenaan peranan NGO dan antara lain, program terdekat yang dilancarkan sebagai simbolik kebencian terhadap rejim zionis ini, KONVOI NASIONAL UNTUK GAZA..Apa yang menyentuh hati saya ialah apabila melihat tetamu undangan program tersebut yang menjadi mangsa kekejaman Israel, seorang pelajar sebaya usianya dengan kakak saya, 23 tahun, pintar orangnya tetapi kudung kedua kakinya akibat dibom oleh rejim zionis secara membabi buta, dan inisiatif Aman Palestin membawa beliau ke Malaysia untuk merawat dan membekalkan kaki palsu.

Inilah antara bukti kebiadapan Israel..mereka tidak membezakan antara orang awam , ..dan mereka rakyat palestin dinafikan hak mereka seperti dibekalkan air yang beracun, dinafikan hak untuk menerima bantuan kemanusiaan dan sebagainya...dan sebab itulah kita dapat lihat, mereka tegar untuk bangkit melawan rejim ini dengan kudrat sendiri walaupun tiada kekuatan sebagai tentera, namun semangat untuk melepaskan negara daripada terus dibelenggui kekejaman zionis ini menjadi sumber kekuatan kepada mereka rakyat palestin. Bagi umat islam, inilah jihad terbesar, jihad demi mempertahankan Negara, agama dan bangsa..

‘Isu palestin bukanlah isu bermusim’, kata-kata yang diucapkan oleh presiden Aman Palestin tadi.. satu ‘quote’ yang menyedarkan saya betapa isu palestin ini tidak seharusnya dipinggirkan, apatah lagi ia melibatkan saudara seagama kita..

Written by Free Gaza Team | 28 April 2010
Posted in News
(London, UK) On May 24, 2010, the Freedom Flotilla sets sail for Gaza determined to, once again, challenge Israel’s blockade of 1.5 million Palestinians trapped in an open-air prison. Under the coordination of the Free Gaza Movement, numerous human rights organizations, including the Turkish Relief Foundation (IHH), the Perdana Global Peace Organization from Malaysia, the European Campaign to End the Siege of Gaza, and the Swedish and Greek Boat to Gaza initiatives will send three cargo ships loaded with reconstruction, medical and educational supplies. At least five passenger boats with over 600 people on board will accompany the cargo ships.

These passengers include members of Parliament from around the world, U.N., human rights and trade union activists, as well as journalists who will document the largest coordinated effort to directly confront Israel’s illegal blockade of Gaza and take in basic supplies.
Said Mary Hughes Thompson, one of Free Gaza’s co-founders, “Although we were happy with the first trips, it was bitter-sweet, knowing that our small boats and symbolic amounts of relief paled in comparison to what was really needed in Gaza. Now, we finally feel we are helping to organize a powerful action, one with the potential to translate into a sustained campaign of much more effective challenges to Israel's brutal siege.”
In the past three months, Israel has limited fuel to run the power station. Much of Gaza is often in darkness. There are just enough trucks coming in to barely prevent total starvation, and Egypt, complicit with the Israeli-US policy of blockading Palestinians, is building an underground steel wall to prevent people in Gaza from bringing in vitally needed supplies through tunnels.

Harapan saya semoga misi kemanusiaan ke Gaza untuk menghulurkan bantuan menerusi jalan laut buat julung-julung kalinya mendapat perlindunganNya dan dipermudahkan urusan…
Amin.....

0 comments:

Post a Comment