Sewaktu dalam perjalanan pulang dari bengkel perbandingan agama, dalam sebuah mpv milik Datin Norhana, Presiden Persatuan Darul Fitrah cawangan Terengganu, ana ditanya oleh brother Lim Jooi Soon yang kebetulan pun menumpang sama, “ Sister, I rase kan, lebih baik you kahwin dengan orang bukan melayu, you kahwin la dengan India ke, Cina ke, mat salleh ke..best tau..”.. Ana terkejut la dengan soalan yang ditujukan itu, ana pun jawab la, “ tak tahu la brother, I tak ada kenalan bangsa lain la, lagipun macam susah je nak kahwin dengan bangsa lain, takut racial crisis..”..Tapi dalam hati ni sebenarnya memang tak kisah pun, lebih-lebih lagi teringat peranan dakwah tu..tapi memandangkan memang ana ni tak ada kawan dari bangsa lain, tambahan pula persekitaran tempat tinggal dan belajar pula ramai Melayu..
Berbalik pada persoalan tadi, bagi ana la, jika seseorang itu benar-benar ingin memahami golongan muallaf, beberapa perkara penting harus dijadikan panduan, antaranya cabaran sebagai muallaf itu sendiri..tetapi sebelum itu, sedikit ana nak kongsi dengan semua mengenai terminologi yang biasa masyarakat kita kaitkan dengan orang baru masuk Islam ni..
1) Muallaf : maksudnya orang yang baru berjinak-jinak dengan Islam, tapi menurut pandangan brother Lim yang mana ana pun turut bersetuju, katanya, term ini sepatutnya digunakan untuk orang yang baru nak kenal Islam, walaupun belum memeluk Islam, mereka dipanggil muallaf kerana baru nak berjinak-jinak, tetapi bagi mereka yang dah memeluk Islam, sepatutnya kita panggil ‘Mukallaf’- orang yang dipertanggungjawabkan, sama seperti Muslim lain juga..
2) Convert : Menurut brother Lim, perkataan ini berasal dari kristian, jadi tak seharusnya kita guna, tapi perkataan yang lebih tepat nya ialah, ‘revert’- kembali kepada asal, kerana memang setiap manusia itu lahir secara fitrah beragama Islam, cuma mereka mewarisi keturunan keluarga masing-masing. Jadi apabila mereka kembali kepada agama fitrah, term ‘revert’ adalah lebih tepat.
3) saudara baru : Menerusi pengalaman Br Lim, jangan kita ambil risiko memanggil mereka dengan panggilan ini kerana tidak semua mereka boleh menerima jika mereka dipanggil gelaran begitu, kerana terdapat sesetengah mereka yang telah lama memeluk Islam tetapi masih dipanggil saudara baru..
Memahami mereka ni sebenarnya tak sukar, cuma kita sebagai Melayu-Islam, seharusnya belajar cara untuk memahami..Antara yang dapat saya kongsikan:
1) Mereka ini golongan yang berhijrah- bertukar dari agama lama kepada agama baru dan budaya lama kepada budaya baru.Oleh itu, memang mereka akan mengalami kesukaran untuk berubah. Peranan kita sebagai orang Islam, membantu mereka, dan tidak memberi tekanan. Beri dorongan supaya mereka melakukan sesuatu perkara mengikut kemampuan kerana bukan mudah bagi mereka yang baru memeluk Islam untuk melakukan semua perkara.
2) Akidah mereka belum mantap – analoginya yang dapat saya sebut, boleh kita bayangkan kita bercakap dengan adik kita yang berumur 1 tahun tentang hukum meninggalkan solat? Agaknya mesti adik kita tak berminat..keadaan ini sama seperti golongan ini. Sebagai contoh berkenaan solat, apabila mereka baru belajar solat, jangan bebankan mereka dengan memberitahu hadis atau ayat Quran mengenai hukum meninggalkan solat. Sebaliknya, walaupun mereka hanya bersolat satu waktu,ucapkan tahniah atau puji mereka dengan mengatakan bagus, atau bercerita tentang keadaan orang Islam lain yang telah berumur 30 tahun tapi masih tak pernah solat satu waktu pun.Bimbinglah mereka supaya buat yang terbaik. Insyaallah, apabila akidah mereka sudah mantap, mereka dapat menjalankan syariat Islam dengan baik.
3) Tahu pendekatan yang betul untuk berdakwah- Kelemahan kita orang Melayu-Islam di Malaysia adalah kerana kekurangan pendakwah yang dapat menguasai bahasa asing dengan baik. Ini kerana, apabila kita menguasai bahasa asing dengan baik, penyampaian mengenai Islam akan lebih difahami dan jelas oleh golongan ini. Jika kita tidak mempunyai kemahiran ini, seharusnya kita gunakan bahasa yang lebih mudah dan jelas. Sebagai contoh peristiwa yang pernah berlaku di Malaysia, terdapat seorang ustaz yang mengajar saudara-saudara baru ni. Kata ustaz, “ murid-murid, hari ini ustaz nak terangkan tentang sifat 20, mula-mula, Allah itu Ada, lawannya tiada”..Bagi mendapatkan respond dari pelajarnya, ustaz itu bertanya kepada salah seorang mereka. Jawablah seorang pelajar itu, “ ustaz, saya faham sikit-sikit aje, mula-mula Allah Taala itu ada, lepas tu Dia lawan-lawan, Dia tiada. Ustaz, mana Allah Taala sudah pergi?”..Agaknya la, siapa yang harus dipersalahkan apabila golongan ini mendapat maklumat yang salah ye?..
Antara cabaran-cabaran yang biasa dihadapi oleh golongan ini:
Sebelum Islam
1) tidak tahu bagaimana hendak memaklumkan kepada keluarga
Bagi golongan yang menghadapi masalah ini, kita seharusnya galakkan mereka supaya merahsiakan terlebih dahulu pengislaman mereka kerana majority keluarga mereka tidak dapat menerima. Untuk tujuan itu juga, kita dapat bahagikan mereka kepada dua kategori:
i- masih belajar dan memerlukan bantuan dan dorongan dari keluarga – golongan ini sepatutnya rahsiakan pengislaman mereka
ii- telah bekerja dan hendak berkahwin – golongan ini digalakkan menggunakan orang tengah untuk menyampaikan berita pengislaman mereka. Sebagai contoh, beritahu kepada ibu saudara atau bapa saudara yang berfikiran terbuka, iaitu mereka yang dapat menerima berita pengislaman itu, minta tolong dari mereka untuk menyampaikan kepada keluarga,kerana kemungkinan berita yang disampaikan oleh mereka dapat diterima oleh ibu bapa golongan yang baru memeluk Islam tadi.
Ini merupakan langkah yang penting kerana bagi saudara baru, mereka masih baru dan mereka tidak tahan dengan cabaran dari keluarga. Terdapat kes di Malaysia yang berlaku di Klang, seorang wanita India yang baru memeluk Islam, tetapi telah diminta oleh pihak tertentu untuk memaklumkan pengislamannya kepada keluarga. Akibatnya, dia dipukul sehingga kepalanya pecah. Oleh itu, apabila kita diminta untuk merahsiakan pengislaman mereka, kita seharusnya amanah dengan rahsia tersebut agar mereka dapat menjalani fasa keislaman dengan sempurna.
2) tabiat lama
Sesetengah dari mereka mengalami tabiat lama yang sukar dibuang, seperti memakan khinzir, meminum arak dan berjudi. Bagaimana kah kita ingin menarik perhatian golongan ini, sedangkan bagi mereka, apabila sudah memeluk Islam, mereka tidak dibenarkan mengamalkan lagi tabiat ini? Bagi golongan ini, kita seharusnya mengajak terlebih dahulu mereka supaya memeluk Islam, jangan beritahu mereka terlalu awal pengharaman secara total, sebaliknya maklumkan tentang tabiat lama, akan dibincang kemudian tapi penting memeluk Islam terlebih dahulu.. Apabila mereka bersetuju, ajar lah mereka supaya mengenal Allah S.W.T, Nabi-nabi serta Islam. Insyaallah, apabila mereka sudah kenal, secara langsung mereka akan meninggalkan tabiat ini.
Semasa ingin memeluk Islam
1) Tidak tahu destinasi untuk dituju untuk memeluk Islam
Antara yang dapat saya kongsikan ialah pengalaman brother Lim sendiri sewaktu beliau ingin memeluk agama Islam.
Menurutnya, dia mempunyai ramai kenalan Melayu tetapi kebanyakan mereka memang tidak berperanan membantu pengislamannya.Pernah sekali, dia menyuarakan hasratnya kepada salah seorang rakan yang dianggap paling baik dan digelar ‘haji’ oleh semua rakan-rakannya. Malangnya, ‘haji’ itu pun bersikap negatif dengan berkata, “ Lim, you ingat Islam tu, you suka-suka nak masuk dan kaluar ke? you balik la fikir 10 kali”. Keadaan ini berulang sehingga tiga kali walaupun beliau berulang-alik bertemu ‘haji’. Akhirnya menurut brother Lim, dia hampir putus asa dan berdoa pada tuhan, “ Ya Tuhan, jika Kau izinkan aku masuk Islam, tunjukkan aku jalan, kalau tidak, aku balik tidur aje..”.. Dengan kekuasaan Allah, sebelum tidur, Allah datangkan ilham padanya tentang servis operator iaitu 103. Dipendekkan cerita, operator tersebut pun memberinya nombor telefon pejabat agama sekitar Melaka. Dan alhamdulilah.. kebetulan tempat yang tepat yang didail oleh brother Lim.Lalu dia diminta untuk hadir ke sana. Setelah tiba hari yang ditunggu-tunggu, ketika ingin mengucapkan syahadah, pegawai agama yang bertanggungjawab mengucap syahadah dan meminta brother Lim untuk mengulangi syahadah tersebut.
Namun demikian, pada hemat ana, seharusnya setiap pegawai agama yang bertanggungjawab membantu pengislaman golongan ini bersifat lebih telus, mengajar secara berhikmah agar mudah diikuti oleh golongan ini.Sebagai contoh, dengan kelajuan bacaan '80 km/jam', mustahil seseorang yang berbangsa selain Melayu dapat mengulangi syahadah itu dengan baik. Kebetulan pula,di waktu itu, terdapat 2 orang saksi turut menemani. Setiap kali brother Lim cuba mengucap, saksi tersebut akan mengatakan, “ tak sah”.. sambil mengetuk meja..Terdetik dalam fikiran brother Lim bahawa upacara masuk Islam ke, meja diketuk sambil cakap ‘tak sah’..Peristiwa itu berlaku selama 20 minit, dan berpuluh-puluh kali mengucap pun, perkataan ‘tak sah’ tetap diulangi saksi-saksi tersebut..Selepas hampir 30 minit, akhirnya, alhamdulilah brother Lim diterima sebagai Islam, tetapi bukan kerana dia dapat mengucap dengan baik, tetapi kerana kebanyakan mereka sudah penat.. Ini tidak seharusnya berlaku di dalam Islam, kerana tiap dari kita pun dituntut supaya mempermudahkan dan jangan susah-susahkan, berilah khabar gembira dan jangan khabarkan berita buruk..Itu apa yang berlaku di Melaka. Menurut brother Lim lagi,terdapat sesetengah negeri yang meminta surat pengesahan dari doktor menunjukkan bahawa mereka telah dikhatankan, sesetengah negeri pula mengadakan interview untuk menguji tahap kefahaman mereka tentang Islam, jika mereka gagal, mereka tidak akan diberikan kad Islam. Begini kah sikap kita sebagai Muslim, menyukarkan mereka untuk mengenal Islam dan mengaibkan mereka? Ajaran Islam sendiri tidak mengajar umatnya untuk berbuat demikian.
Selepas Islam
1) Tiada yang ingin mendidik
Kebanyakan dari kita selalu mengatakan tanggungjawab mendidik saudara baru merupakan tanggungjawab bersama, tetapi apabila kita diberikan tanggungjawab ini, tidak ramai yang sanggup..
2) Sikap Melayu-Islam
Di Malaysia, agama Islam telah di asimilasikan dengan budaya setempat, dan sebab itu juga lah Islam itu kelihatan hanya sesuai untuk orang Melayu. Sebagai contoh, dalam bab perkahwinan, Islam itu mudah, tetapi kerana pertembungan adat setempat, segalanya kelihatan sukar, bermula dari adat meminang sehinggalah walimah,ini termasuk lah hantaran dan adat bersanding..
Oleh yang demikian, sebagai Muslim, kita seharusnya mengubah tasawwur kita terhadap Islam, mewarisi Islam secara keturunan bukan lah bermakna kita bangsa terbaik, tetapi ia merupakan amanah yang harus kita pikul untuk menjaga agama serta berusaha memelihara akidah serta perilaku kita terhadap Islam.. wallahu a'lam..
Pages
Memahami muallaf..
Posted by
Iistisyhad.blogspot.com
at
Tuesday, March 03, 2009
Tuesday, March 3, 2009
Labels:
ad-deen,
legal system
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My Blog List
Network Sites
Total Pageviews
Categories
- ad-deen (6)
- buku (2)
- current issues (6)
- Inzar (4)
- kembara hati (12)
- legal system (3)
- program (3)
- santai (3)
Popular Posts
-
A. For Females: 1. It should cover all the body apart from whatever has been exempted. This includes the feet: The Female awrah also include...
-
Saat saya ditanya oleh seorang kenalan yang bekerja sebagai peguam tentang kondisi pembelajaran sekarang, saya terus menjawab,” Entahlah, be...
-
Can we find an explanation to this great universe? is there any convincing interpretation to the secret of existence?we realize that no fami...
-
It’s has been a long time since I left my writing..how I missed it so much .. I have only two principles in writing..First, write only when ...
-
When we know we are to attend a wedding, we begin to plan and prepare from days and even weeks in advance. We pay much attention to detail s...
-
The world is changed. I feel it in water.I feel it in the earth.I smell it in the air.Much that once was..is lost..For none now live who rem...
-
Apabila dikenang semula, cara ibu mendidik kita memang tidak dapat dilupakan. Jasa dan pengorbanan mereka cukup besar dan tidak ternilai. Ka...
-
Is there any way to banish the boredom?.. A single question to myself to cater with my own emotions (just closed my book - sign of boredom.....
-
Sewaktu dalam perjalanan pulang dari bengkel perbandingan agama, dalam sebuah mpv milik Datin Norhana, Presiden Persatuan Darul Fitrah cawan...
-
Being a mankind requires us to think beyond it though too many things happen..I’m sure everyone have experienced going thru the pain moment ...
Labels
- ad-deen (6)
- buku (2)
- current issues (6)
- Inzar (4)
- kembara hati (12)
- legal system (3)
- program (3)
- santai (3)
About Me
- Iistisyhad.blogspot.com
- A student who still seeking the guidance and knowledge..
Blog Archive
-
►
2010
(10)
- ► 11/07 - 11/14 (1)
- ► 10/31 - 11/07 (1)
- ► 05/23 - 05/30 (1)
- ► 05/09 - 05/16 (1)
- ► 05/02 - 05/09 (2)
- ► 02/07 - 02/14 (2)
- ► 01/31 - 02/07 (1)
- ► 01/17 - 01/24 (1)
-
▼
2009
(31)
- ► 11/22 - 11/29 (1)
- ► 11/08 - 11/15 (2)
- ► 10/18 - 10/25 (2)
- ► 10/11 - 10/18 (1)
- ► 10/04 - 10/11 (1)
- ► 09/06 - 09/13 (1)
- ► 08/30 - 09/06 (1)
- ► 08/23 - 08/30 (1)
- ► 08/16 - 08/23 (6)
- ► 05/31 - 06/07 (1)
- ► 05/24 - 05/31 (1)
- ► 05/17 - 05/24 (1)
- ► 05/10 - 05/17 (1)
- ► 05/03 - 05/10 (1)
- ► 04/12 - 04/19 (2)
- ► 03/08 - 03/15 (1)
- ▼ 03/01 - 03/08 (4)
- ► 02/22 - 03/01 (1)
- ► 02/15 - 02/22 (2)
Labels
- ad-deen (6)
- buku (2)
- current issues (6)
- Inzar (4)
- kembara hati (12)
- legal system (3)
- program (3)
- santai (3)
LAMAN ORGANISASI
MY FAMILY
UR VISIT
LAMAN SEMASA
LAMAN ILMIAH
- aberdeenbooksworld
- al-firdaus
- al-qayyim
- an-nawawi
- bicaramuslim
- bicarasufi
- dakwah
- darulfuqaha
- darulislam
- darulsyifa
- dr.maza
- e-alim
- emedia
- fajarilmu
- fiqh-sunnah
- fisabillah
- fortyhadith
- guidedways
- halaqah
- haqislam
- harunyahya
- iluvislam
- interislam
- islamiclearningcentre
- islamictube
- islamonline
- islamreligion
- islamtomorrow
- jahabersa
- jiwaislam
- kakiblog
- kuliahsirah
- portalmuslimah
- quran al-islam
- rakan usrah
- religion facts
- saifulislam
- siasahdaily
- tafsir
- taman2syurga
- taushiyah-online
- ukhwah
- usrahremaja
LIVE TRAFFIC
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment