15 pintu syaitan..

Sunday, August 16, 2009

Alhamdulilah…semalam saya diberi kekuatan oleh Allah untuk menghadiri perjumpaan ringkas sempena kehadiran mantan Ketua HELWA ABIM pusat ke Terengganu, Dr. Rahmah atau mesra dipanggil kak mah sesama ahli ABIM/ WADAH…Pada saya, kak Mah lebih berhak dipanggil dengan panggilan mak cik kerana usianya menjangkau 60 lebih..Sememangnya dalam ABIM/ WADAH, panggilan 'kak' tetap diutamakan walaupun kadang-kadang ‘kak’ tu sebaya dengan ibu mahupun nenek sendiri,.tetapi saya tetap bersyukur, ukuwah sebegini tetap terjalin antara kaum-kaum ibu dengan anak-anak seusia saya,dan apa yang mengkagumkan diri saya, pada usia emas, kekentalan mereka untuk terus bersama dengan gerakan walaupun lazimnya pada usia sebegini, kebanyakan kaum ibu memilih untuk beristirehat di rumah.. teringat pesanan ringkas kak mah, “ tidak penting di mana kita bermula, tetapi apa yang penting, di mana kita berakhir..” nasihat itu jelas menandakan bahawa tidak penting pada umur berapa kita mula terasa untuk berdakwah, asalkan pengakhirannya kita berada bersama-sama mereka yang mendokong perjuangan Islam..semalam, seperti biasa, tidak lengkap perjumpaan ringkas jika tidak diselitkan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Kak Mah dan dikupas sedikit sebanyak oleh Kak Nor.. Antaranya, pesanan kepada umat Islam tentang 15 pintu syaitan, di mana menerusi pintu-pintu ini, syaitan akan mudah mengawal diri kita jika kita tidak berusaha mengawalnya…

1) marah – memang apabila kita sedang dalam keadaan marah, hasutan syaitan tu lagi mudah menguasai kita, saya pun tak terkecuali, sebab itu dalam Islam, di anjurkan kita untuk berwuduk mandi, istighfar dan berzikir apabila perasaan marah mulai datang..
2) cintakan dunia – bab yang paling sukar ditepis oleh setiap makhluk yang bergelar manusia, ini termasuklah cintakan harta, anak-anak, wanita, pangkat, dan sebagainya..
3) kebodohan- bagi saya memang kebodohan itu berada di mana-mana, dan ini termasuklah mereka yang enggan datang ke majlis ilmu kerana merasakan ilmunya telah cukup..
4) suka berangan-angan
5­) tamak – sikap ini memang selalu menimpa umat manusia terutamanya orang kaya, tetapi mungkin benar kata-kata orang yang paling mudah memberi ialah orang miskin dan mereka yang sentiasa diingatkan akan hak sebenar ke atas harta mereka.
6) suka pada pujian- penyakit ini selalunya rapat dengan fitrah manusia itu sendiri, sebab itulah kita dianjurkan supaya sentiasa kembali kepada Allah apabila dipuji kerana ia akan memecahkan nafsu diri.
7) riak
8) sombong
9) ujub
10) takut dan gelisah
11) buruk sangka- terutamanya pada Allah
12) pandang rendah- manusia kadang-kadang menilai manusia menerusi fizikal mereka, contohnya, mudah memandang rendah pada mereka yang berpakaian selekeh.
13) suka berbuat dosa- sama ada dosa besar atau kecil.
14) putus asa daripada rahmat Allah- keadaan mereka yang tidak mengharapkan apa-apa daripada Allah, sama ada ganjaran atau perlindungan.
15) berasa aman daripada azab Allah- penyakit ini biasanya menimpa ahli maksiat, iaitu apabila mereka diberitakan tentang azab neraka, hati mereka tidak gentar mendengarnya…

wallahu a’lam..

0 comments:

Post a Comment