...wo ai ni...

Wednesday, November 11, 2009
Hari ini selesailah paper yang paling saya geruni..law of contract..alhamdulilah, Allah telah mempermudahkan urusan saya sehingga selesailah tempoh 3 jam 15 minit berjuang dalam dewan peperiksaan..hehe..ringan sikit beban di hati, Cuma masih menantikan tarikh keramat 18 november untuk menyudahkan paper terakhir, ..dan setelah itu..program tersendiri menanti.. jika dimuhasabah, perjuangan sebenarnya bukan atas kertas semata-mata, tetapi perjuangan agama yang paling awla’...

agaknya pe tujuan entry kali ni ye??...........melihat tajuknya mesti orang terfikir pe tujuan saya kali ini..ingin memperkenalkan bakal calon suamikah?...Insyaallah itu berlaku di kala dapat ‘affirmation’ daripada Nya..Persoalan cinta memang takkan habis jika dibincangkan, ini selari dengan fitrah manusia itu sendiri yang memang dilahirkan untuk saling mengasihi sesama makhlukNya..

‘Wo ai ni Allah’…tajuk novel karya Vanny Chrisma W benar-benar menyuntik semangat dalam diri saya untuk memupuk cinta pada Nya..memetik justifikasi daripada Taufiqurrahman al-azizy mengenai novel ini, “ watak gadis cina di dalam novel ini adalah cermin kerinduan spiritual yang tidak terperikan di kalangan ateis yang tidak tahu ke manakah jalan hidupnya. Sementara bagi muslim dan muslimah sendiri, watak itu adalah tujuan yang mempertanyakan kesejatian iman dan ihsannya..”..Memang kadang-kadang terfikir, besar sungguh nikmat Allah menganugerahkan nikmat Islam secara warisan tetapi disebabkan nikmat yang mudah itu jugalah menyebabkan manusia berada di ‘zon selesa’ dan lebih selesa menjalankan rutin biasa tanpa berusaha memperbaharui ilmu mengenai Islam..Kadang-kadang terdetik di hati, anugerah hidayah itu lebih besar maknanya berbanding taklid buta semata, kerana ‘insan-insan terpilih’ ini akan lebih menghargai dan menjalankan amanahNya dengan lebih bersungguh-sungguh..Semoga Allah tetapkan hati ini untuk terus mencari hidayah….amin..

Berbalik persoalan pada novel tersebut, ia mengisarkan tentang gadis cina dalam pencariannya kepada Tuhan yang sebenar. Islam itu sememangnya agama fitrah untuk semua makhlukNya, Cuma kadang-kadang asimilasi agama dan adat telah memperlihatkan agak sukar di mata penganut agama lain..

Firman Allah dalam surah Ali-Imran : 102 yang bermaksud, “ Hai orang-orang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepadaNya. Dan janganlah sekali-kali kamu mati dalam keadaan bukan beragama Islam”

Ayat tersebut jelas menunjukkan tentang tuntutan kepada kita untuk kembali kepada fitrah agama Islam, mati di dalam husnu-khatimah bukanlah mudah, kerana ia menuntut kita sebagai hambaNya untuk menjalankan kewajipan sebagai hambaNya dan terus berusaha, beramal soleh dan hanya beribadah kepada Allah..Jika amalan ini dipelihara, insyaallah kita akan dimatikan dalam keadaan baik ..

Wallahu a’alm

...jika ku harus mati, Pertemukan aku denganMu….(Edcoustic: Muhasabah Cintaku)...

0 comments:

Post a Comment