ISLAM OR VICE VERSA??

Friday, November 27, 2009
Pendakwah muda??.........istilah yang sangat ‘berat’ bunyinya serta peranannya..tetapi signifikannya di sebalik terminologi tersebut adalah tanggungjawab serta amanah setiap khalifah yang mengakui diri mereka beriman..ini selari dengan penganjuran Konvensyen Pendakwah Muda Kebangsaan (WEHDAH 09) seluruh institut pengajian tinggi di Malaysia yang berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 22- 25 November 2009… and first of all, syabas saya ucapkan kepada semua komiti sekretariat pendakwah muda USIM yang telah mengadakan program sebegini buat julung-julung kalinya… secara tidak langsung, program sebegini mampu menjadi wadah kepada pertemuan semua pendakwah-pendakwah muda di seluruh Malaysia serta berjaya merangkum resolusi yang saya kira amat wajar diketengahkan kepada masyarakat..

Pada saya,.. sesetengah pendakwah muda yang sering bergiat aktif dalam usaha memperjuangkan agama Islam wajar mendapat pendedahan sebegini..di samping dapat bertukar-tukar fikiran dengan rakan seperjuangan dari IPT lain, setiap slot yang di wujudkan nyata memberi bantuan dalam mendapatkan panduan serta mengubah ‘worldview’ kepada setiap pendakwah muda akan tugas yang seharusnya mereka laksanakan..

Perlaksanaan dakwah dalam kalangan muda bukan retorik bagi saya, tetapi golongan ini seharusnya mempersiapkan diri mereka dengan ilmu, manhaj dakwah yang sesuai serta istiqamah agar idealisme mereka tetap kekal dibawa seiring dengan perubahan persekitaran mereka..maksud saya, kadang-kadang sesetengah mereka hanya teguh memperjuangkan idealisme mereka sewaktu bergelar mahasiswa, tetapi apabila melangkah ke alam pekerjaan dan rumahtangga, nyata mereka (mungkin saya) gagal menanganinya dengan baik dan gugur dalam perjuangan..Melihatkan arus globalisasi sekarang, umat islam khususnya banyak berdepan dengan pelbagai mehnah yang telah siap dirangka oleh musuh-musuh Islam untuk menyesatkan umatNya yang mana mungkin mereka ( mungkin saya) tidak menyedarinya..Teringat saya satu slot khas yang dibawa oleh brother Shah Kirit Kilal Govindji tentang cabaran missionary kristianisasi di Malaysia..

Dalam ucapan beliau yang sangat menarik,banyak yang saya pelajari daripada pengalaman beliau, antara yang prior, perlunya umat Islam hari ini diberi kekuatan dari sudut fundamentalnya, kerana jika teguh iman seseorang, insyaallah mereka akan mampu mendepani setiap ujian dengan baik.. Antara intipati yang beliau peringatkan kepada kami adalah, pentingnya mempelajari serta menghayati agama Islam dengan baik agar keimanan yang didasari bukan sekadar taklid buta semata-mata tetapi berdasarkan kefahaman yang mantap, menggunakan dalil aqli untuk berdakwah dengan golongan non-muslim dan jika berpeluang, kita seharusnya mampu menguasai sedikit sebanyak ilmu perbandingan agama agar kita dapat berhujah dengan baik , mendekati golongan Islam yang jahil secara berhikmah serta menunjukkan teladan yang baik kepada semua masyarakat ..

Menerusi karya Ust Haji Nik Azran Muhamed dan Haji Mohd Mahadi Haji Isa yang bertajuk “ Gerakan Orientalisme dan Kristianisasi : ancaman kepada Ummah”, memberi pendedahan kepada umat Islam agar lebih berhati-hati tehadap golongan ini. Antara yang dapat saya ungkapkan daripada buku ini ialah, cara pergerakan kristianisasi dapat dilihat menerusi beberapa kategori, antaranya:

1) PENDIDIKAN – Mereka menggalakkan sesebuah negara terutamanya negara Islam untuk membuka tadika, sekolah, kolej dan universiti yang dikelolakan oleh Missionari secara langsung atau tidak. Kerjasama mencakupi penghantaran tenaga pengajar dan sukatan pelajaran (kurikulum ala barat) yang dicedok daripada Barat.

Samuel Zweimer berkata: “ Kami telah merancang kurikulum pendidikan di negara-negara Islam sejak 50 tahun yang lalu dan kami Berjaya menghapuskan pengajian al-quran dan tarikh islam daripada kurikulum tersebut”.

Dr. Mustafa Al Khalidi, di dalam kitabnya At-Tabsyir wa Al-Isti’mar menyatakan bahawa Universiti Amerika di Beirut, Mesir dan Universiti Ghardon di Khortum merupakan institusi pendidikan yang ditaja oleh mubaligh kristian.

Selain itu, mereka menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pendidikan dan menjadikan pendidikan agama pribumi sebagai subjek sekunder. Penghantaran pelajar ke luar negara amat menjadi tumpuan missionary di dalam menerapkan fahaman secular dan kristian ke dalam sistem pendidikan antarabangsa.

2) PERKHIDMATAN PERUBATAN- apabila berlaku kecemasan di mana-mana negara di dunia, mereka akan menghantar pasukan bantuan kecemasan mereka seperti Red Cross, World Vision, Salvation Army dan Christian Aid.

Mereka juga mengadakan kerjasama di dalam bidang perubatan dengan menubuhkan hospital ala barat dan menghantar pakar-pakar mereka untuk membantu. Mereka memberi tumpuan di negara-negara miskin terutamanya di Benua Afrika.

Pembantu-pembantu perubatan yang dihantar akan memasuki kawasan-kawasan pedalaman untuk menghulurkan bantuan dari segi material dan sokongan moral. Peluang sebeginilah yang digunakan oleh mereka dengan sebaik mungkin untuk memperkenalkan agama kristian kepada masyarakat tempatan.

3) AMAL KEBAJIKAN- Markas-markas kristian yang ditubuhkan di Palestin berusaha mematikan roh Islamiah dari jiwa umat Islam menerusi program-program yang diaturkan di kelab-kelab dan padang-padang permainan mereka. Kesannya, tertanam semangat toleransi (mudah menerima kemsukan yahudi ke negara mereka) dengan bangsa Israel. Berkata seorang ahli pemikir Islam: “ Pesta-pesta sukan amat banyak membantu para missionary dan juga Yahudi di Palestin sehingga mendorong sekolah-sekolah Kristianisasi mengutamakan semangat kesukanan serta semangat toleransi di dalam lapangan tersebut. Toleransi yang dikehendaki adalah bertujuan untuk membunuh perasaan perkauman (terhadap kaum yahudi serta mudah menerima mereka).”

Antara bentuk amal kebajikan yang dimainkan oleh Misionari ialah menggalakan manusia hidup dalam keadaan sejahtera( bersukan dan pesta amal), prihatin terhadap masalah masyarakat( khidmat kaunseling, rumah anak yatim, pusat pemulihan dadah dan perlindungan wanita dll), prihatin tehadap isu semasa( demonstrasi), prihatin terhadap alam sekitar( greenpeace), menghulurkan bantuan kewangan ( Irene Ferdinandez yang membela pendatang haram dan pekerja asing di Malaysia).

4) PERTUBUHAN KRISTIAN- Mereka telah menubuhkan pelbagai jenis pertubuhan Kristian di serata dunia di negara-negara Islam dan negara-negara miskin. Menurut resolusi muktamar mereka di Kaherah pada tahun 1906, mereka menumpukan perhatian serius kepada wanita agar mereka menyertai pertubuhan ini. Resolusinya berbunyi:

“ Tiada jalan lain melainkan berusaha menarik wanita muslim kepada kristian. Kita meminta kepada semua pertubuhan Kristian untuk menggerakkan semua cawangan pertubuhan wanita Kristian bagi mendapatkan seberapa banyak keanggotaan daripada wanita-wanita muslimah di seluruh dunia”.

5) MEDIA MASSA- Media Massa memainkan peranan penting di dalam penyebaran agama Kristian. Hari ini, terdapat stesen TV dan radio yang membuat siaran langsung berkenaan agama Kristian terutamanya stesen Monaco, Cyprus (radio Cyprus), Monte Carlo. Stesen-stesen radio ini menyiarkan program keagamaan Kristian selepas jam 11.00 malam, manakala stesen radio Vatican pula menyiarkan programmnya dalam bahasa Arab dua puluh empat jam sehari.

Antara rancangan yang diketengahkan ialah Allah Akhbar dan Nurun ala Nur. Manakala DJ yang mengelolakan program ini menggunakan nama Islam iaitu Syeikh Abdulla. Radio Soutul Ghufran, Markaz an Nahdah dan Qobrus juga didapati menjalankan program bermesejkan Kristianisasi.

6) PERCETAKAN- Terdapat juga syarikat percetakan yang mencetak bahan-bahan yang berkaitan agama Kristian terutamanya syarikat yang terdapat di Lubnan, Perancis, Sepanyol dan Seychelles. Mereka telah mengeluarkan bahan bacaan yang boleh menyentuh sensitivity umat Islam seperti buku karangan Zakaria Boutros yang berjudul Syahadat Al-Quran dan The Lord is One.

Di Mesir, Darul Hilal Misriyah (pengasasnya Zurjy Zedan, orientalis terkenal) dan surat khabar Al-Ahram di asaskan oleh mubaligh kristian yang berhijrah ke Mesir atas sokongan Perancis pada tahun 1873.

Oleh yang demikian, pentinglah bagi umat Islam memahami pelbagai rancangan Missionari Kristian untuk menyerang umat Islam dari pelbagai sudut. Seharusnya kita sebagai umat islam sentiasa mempersiapkan diri kita dengan segala ilmu serta pengalaman agar perjuangan Islam tetap dapat diteruskan sehingga akhirnya……

wallahu a’alam…….

0 comments:

Post a Comment